ASSALAMUALAIKUM
semua!
Bertemu dibulan may….satt satt ja masuk bulan baru noh lani?
jom bertazkirah sikit untuk permulaan may ;p
1: Islam menuntut umatnya supaya bekerja dan berusaha untuk bebas
daripada belenggu kemiskinan.
2 : Rezeki yang berkat adalah rezeki yang dicari dengan titik peluh
sendiri
3: Manusia digalakkan mencari kerja yang halal, yang sekaligus akan
menjadi ibadat selagi dilakukan dengan niat yang baik dan tidak melanggar
hukum-Nya
4: Untuk menambah keberkatannya hendaklah membiasakan diri dengan sifat
pemurah dan tidak bakhil untuk bersedekah kepada orang lain kerana hal ini akan
memberikan ketenangan kepada diri malah akan lebih disayangi oleh masyarakat
kerana sesungguhnya, harta yang kita miliki terdapat hak-hak orang lain di
dalamnya yang wajib kita tunaikan. Kekayaan yang sejati adalah kekayaan iman
yang tercermin dari kesederhanaan hidupnya dan kesederhanaan itu tercermin dari
sifatnya yang qanaah.
No comments:
Post a Comment